You are on page 1of 10

Buku " Quran Saintifik " oleh Dr Danial Zainal Abidin

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BIODATA PENULIS
1

KANDUNGAN BUKU

KEISTIMEWAAN BUKU DAN KOMENTAR PEMBACA


3

CONTOH I'JAZ ILMI


4

PANDANGAN
5
Biodata Penulis

Danial Zainal Abidin

Dr. Danial bin Zainal Abidin berasal daripada Kampung


Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah


dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Selepas mendapat gred satu dalam
peperiksaan MCE beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang
Free sebelum ke Universiti Iskandariah, Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan.

Di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah pada


tahun 1975. Kesempatan belajar di Mesir telah digunakannya untuk mendalami
bahasa Arab dan menimba ilmu agama dari ulama yang berkaliber, antaranya, seorang
ulama hadis yang terkenal, as-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i. Pada tahun 1981
beliau memperoleh ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.

Jawatan beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal
Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di
Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang. Di samping itu, beliau menjadi pakar
motivasi ,penceramah bebas dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bergiat
cergas dalam pertubuhan dakwah dan kebajikan.

Dalam bidang penulisan, beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan Sains
bagi Majalah-i, Karangkraf, dan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku
yang telah beliau hasilkan setakat ini berjumlah sepuluh buah. Setakat ini empat buah
buku beliau telah dilesenkan untuk pasaran di Indonesia, iaitu, Empayar Minda
Muslim, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula Individu Cemerlang dan
Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.

Pada tahun 2011, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri
Pulau Pinang.

Kuliah Tafsir Kontemporari Tafsir Ibn Kathir


( Facebook: DATO' DR DANIAL ZAINAL
ABIDIN /PROmediaTAJDID/ Youtube: realridz
studio.

SHOTAZ.Antara program maya terbaru SHOTAZ


atau dikenali sebagai Short Tazkirah yang
membincangkan tentang isusemasa,kemusyikilan
agama serta pelbagai topik yang menarik
disampaikan oleh beliau.Contohnya
SHOTAZ:Makhluk Nano yang Menggongcang Dunia (COVID19) pada 30 Oktober
2020.

Kandungan Buku

:Terbahagi kepada 5 bahagian iaitu


Bahagian 2:
Bahagian 1: Permulan Alam Semesta adalah Permulaan
Cemerlang Dengan Menguasai Dua Ayat Segala-galanya

Quran dan Teori Kejadian Alam


Cara hidup yang comprehensif
Penciptaan Alam daripada Asap? 
Sumber Ajaran Islam
Alam Semesta Mengembang 
Iman adalah Nyawa
Penciptaan Alam dalam Enam Hari?
Menguasai Dua Ayat
Arasy di Atas Air? 
Ayat di Alam Semesta
Apa yang Dicipta Dahulu, Langit ataupun
Islam Pemangkin Sains
Bumi? 
Mementingkan Bukti dan Dalil
Kronologi Kejadian Alam 
Quran Melahirkan Minda Progresif
Kosmos Gelap ataupun Cerah? 
Sains Berkonsepkan Tauhid
Black Holes dan Kejadian Bintang-Bintang
Matlamat dan Metodologi Sains
Black Holes Tanah Perkuburan Bintang-
Keharmonian antara Quran dan Sains Bintang? 
Metodologi Pentafsiran Quran Bintang yang Menembus 
Pentafsiran Quran Menggunakan Sains Bintang-Bintang dan Nebula Ros 
Bolehkah Diterima Penemuan oleh Saintis Matahari dan Akhir Hayatnya
Kafir?
Matahari Pelita dan Bulan Cahaya 
Sains Memantapkan Kefahaman Quran
Orbit-Orbit Bumi dan Objek di Langit
Sains Membawa kepada Iman
Zulkarnain dan Matahari
Sains Bukan Segala-galanya
Matahari dan Solar Apex
Penutup
Proses Kejadian Bumi
Bumi adalah Bulat?
Ruang antara Langit dan Bumi
Wujudkah Hidupan di Kosmos? 
Penutup
Bahagian 3: Bahagian 4: Bahagian 5:
Manusia dan Asal Usulnya Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia Epilog
Hidupan Berasal daripada Ibadah sebagai Tujuan Sains Menonjolkan
Air?  Hikmah Ibadah  Tuhan
Air Asas kepada Kejadian Ibadah yang Paling Utama Quran Pemangkin
Manusia  Padah Maksiat Ilmu Sains
Budaya Seks Bebas 
Manusia dan Adam  Sains
Media Massa Merangsang Seks Bebas  Membenarkan
Kejadian Hawa 
Pengharaman Seks Bebas  Quran 
Teori Evolusi Darwin  Pengharaman Seks Semasa Haid
Sains Menemui Adam dan Ibadah dalam Aspek Pemakanan 
Hawa?  Pengharaman Arak 
Kejadian Manusia dan Penyalahgunaan Najis Dadah 
Ilmu Embriologi  Pengharaman Daging Haiwan Liar 
Fasa-Fasa Kejadian Bayi Pengharaman Babi 
Pendengaran, Makanan yang Halal Lagi Berkhasiat
Penglihatan, dan Akal Khasiat Diet Nabi 
Kegelapan yang Tiga Nabi Seorang Vegetarian? 
Embriologi Quran dan Khasiat Madu Lebah 
Pandangan Saintis  Khasiat Buah Zaitun 
Quran Menciplak Khasiat Buah Tin
Embriologi Yunani? Khasiat Buah Tamar 
Benih Terbit Buah Tamar dan Ibu Mengandung 
antara Sulbi dan Taraib? Buah Tamar dan Tahnik
Sistem Saraf dan Darah Khasiat Air Zamzam
Roh Ditiupkan pada 40 Cara Penyembelihan Islam 
ataupun 120 Hari?  Cara Penyembelihan di Barat
Penentuan Jantina Ibadah dan Kebersihan
Mengikut Quran Kebersihan Diri dan Islam
Asal Wanita daripada Kebersihan yang Diwajibkan
Rusuk Lelaki?  Khatan dan Sains
Susu Ibu Mengikut Quran Air Kencing Bayi Lelaki dan Perempuan 
dan Sains  Bersuci Menggunakan Tanah
Penyusuan Dua Tahun, Tanah sebagai Agen Pencuci
Adakah Masih Relevan?  Kerelevanan Mandi Wajib 
Kewajipan Berwuduk
Penutup
Wuduk dan Sains
Kebersihan Alam Sekitar dan Islam 
Solat dan Khusyuk
Hikmah Solat 
Solat dan Kesihatan
Solat dan Meditasi 
Solat dan Yoga 
Hikmah Menutup Aurat 
Aurat Wanita dan Kesihatan
Hikmah Puasa
Puasa dan Detoksifikasi 
Rahsia Bersahur 
Penutup
Dalam bahagian satu,penulis mengajak umat islam agar menguasai dua ayat iaitu
ayat-ayat Al-Quran dan memahami ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta.Hal ini
kerana ,penguasaan terhadap kedua-dua ilmu ini akan dapat membantu kita mendekatkan diri
kepada Allah. Di samping dapat menguatkan keimanan dan keyakinan kita,kedua –dua ilmu
ini dapat menunjukkan kebenaran Al-Quran terutamanya kepada golongan bukan
Islam.Dalam Konferensi Pendidikan Islam yang pertama yang diadakan di Mekah pada tahun
1977,pakar-pakar merumuskan bahawa ilmu secara dasarnya terbahagi kepada dua iaitu
pertamanya ilmu naqli(revealed knowledge) yang berkait dengan Al-Quran dan sunnah dan
keduanya ilmu aqli (acquired knowledge) merangkumi ilmu sains dan kajian semasa.Ini
menunjukkan bahawa penguasaan terhadap kedua-dua ayat adalah selari dengan kehendak
pendidikan zaman sekarang.
Bahagian kedua pula membincangkan mengenai kemukjizatan Al-Quran dan teori
kejadian alam.Dalam surah Fussilat ayat 11,dapat kita fokuskan adalah berkaitan dengan
dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada kedua-duanya hendak datang
secara tunduk ataupun terpaksa.Kedua-duanya memilih untuk datang dengan tunduk dan
taat.Hal ini menunjukkan bahawa proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarkan
konsep kemungkinan (probability), kebetulan (chance) ataupun rambang(at
random).Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan Allah S.W.T.Bahkan
Paul Davies juga mengakui bahawa Big Bang merupakan satu ledakan yang
terancang.Jadi,apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Al-Quran berkaitan bumi
dan kejadiannya ,dan kita kaitkan dengan sains maka terbuktilah bahawa kenyataan Al-Quran
adalah benar.
Bahagian ketiga membincangkan mengenai manusia dan asal usulnya.Dalam surah
Al-Anbiya ayat 30 Allah menjelaskan bahawa air adalah asas bagi segala hidupan.Tanpanya
hidupan tidak akan wujud .Kenyataan bahawa hidupan bermula daripada air mendapat
kekuatan tambahan dengan penemuan terbaru yang mendapati hidupan mungkin bermula di
bawah lautan.Manurut BBC News Online,para saintis mengatakan rahsia kewujudan hidupan
yang awal di dunia mungkin wujud 9000 kaki di bawah lautan Atlantik.Penemuan-penemuan
ini menunjukkan bahawa kenyataan Al-Quran adalah benar dan dapat disahkan melalui
kajian sains.
Bahagian keempat memfokuskan tujuan dan matlamat hidup manusia sebagai
khalifah di muka bumi yang wajib beribadah kepada Allah . Hal ini kerana melalui ibadah
manusia akan menjadi khalifah yang cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat jika
berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah sepertimana dalam surah Ali-Imran ayat
110.Antara tujuan mengaotkan Al-Quran dan Sains untuk menunjukkan kerelevenan dan
kehebatan ajaran Islam. Ibadah tidak dilakukan disebabkan penemuan sains tetapi merupakan
kewajipan yang tidak dinafikan setiap ibadah pasti ada hikmah disebaliknya.Contohnya
ibadah bukan sahaja mendidik menjadi peka dengan waktu bahkan mendidik umat menjadi
peka dengan ilmu.
Bahagian yang terakhir membicarakan tentang kajian sains yang sahih dan
berkonsepkan tauhid menyedarkan kita mengenai kewujudan Allah dan kemukjizatan Al-
Quran dari segi ilmiah agar dapat melahirkan golongan ulul albab yang sentiasa berfikir dan
mengkaji untuk memperoleh kebenaran
Keistimewaan Buku

Quran Saintifik Edisi Kemas Kini yang ditulis oleh  Dr. Danial Zainal Abidin
ini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat
Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains.  Buku ini juga membahaskan secara
terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains
yang membenarkan Al-Quran. Dalam membincangkan dan menghurai isu-isu tersebut satu
per satu, penulis membawa dalil,hujah,maklumat dan data ilmiah bagi menguatkan lagi
kebenaran dan menarik minat pembaca serta menggunakan gaya bahasa yang cukup mudah
difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Selain itu pembaca juga akan didedahkan kepada
fakta-fakta ilmiah atau saintifik yang terdapat dalam Al-Quran agar mendorong manusia
untuk berfikir tentang kejadian manusia dan penciptaan alam.
Naskah asalnya diterbitkan pada tahun 2007,dikemaskinikan untuk penerbitan 2014.Hampir
50 % daripada isinya dikemaskini.Terdapat beberapa penambahan tajuk baharu.Antaranya
Metodologi Pentafsiran Al-Quran dan Bolehkah Diterima Penemuan oleh Saintis Kafir, demi
memantapkan lagi buku ini.

 Terbitan Pertama ,2014


 Cetakan keenam, 2015
 294 Halaman

 Bahasa

Buku ini berbahasa Melayu serta penggunaan gaya Bahasa juga mudah difahami dan
sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang pendidikan.

 Komprehensif dan Lengkap

Isi kandungan buku ini membincangkan tentang persoaln alam dan manusia serta
mengupas isu-isu penemuan saintifik terkini .Selain itu perbahasan juga lebih terperinci
menurut perspektif Islam dan Sains.

 100 % Berwarna Penuh.

Fakta- fakta terpilih juga disusun atur dalam susunan grafik dan setiap halaman buku
berwarna bagi menarik perhatian pembaca agar tidak jemu dan bosan membaca.

 Sumber rujukan yang berautoriti

Penulis menghasilkan buku ini bukanlah berdasarkan pandangan peribadi secara


semberono .Sebaliknya beradasarkan kajian ayat-ayat Al-Quran dengan merujuk kepada
kitab-kitab seperti Al-Asas fit Tafsir karangann Syeikh Said Hawa dan Tafsir Al-Azhar
karangan Hamka.Tambahan daripada itu,beliau juga merujuk kepada kitab-kitab ulama
yang pakar dalam bidang Ulum Al-Quran seperti At-Tibyan fi Ulum Al-Quran
karangan Syeikh Muhammad li As-Sabuni.
Komentar Pembaca

“Mengkagumkan! Buku ini mengupas secara komprehensif bukti-bukti sains


yang membenarkan kandungan Quran dan mampu meningkatkan lagi keimanan
seseorang apabila membaca dan memahaminya. Pelbagai aspek seperti
penciptaan alam, kejadian manusia, pemakanan, matlamat hidup dan
sebagainya diolah dengan begitu menarik sekali. Ia adalah buku yang mesti
berada dalam simpanan kita dan boleh dijadikan hujah bagi menegakkan
kebenaran berdasarkan fakta dan wahyu. Syabas!”
Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D,
Pengarah Urusan ,MAPTraining and Consultacy Sdn.Bhd.

Buku ini menjawab persoalan saya dengan baik.Iaitu :

 Menambah ilmu dan dapat menyampaikan kepada orang lain


 Mengukuhkan iman supaya mengenal Allah
 Mengembalikan isu-isu sensitif secara matang sehingga memperoleh manfaat
daripadanya.

Buku yang mampu mengupas isu-isu sains dan keagamaan dengan cara yang
mempersonakan dan menyakinkan .Ia wajib dibaca oleh mereka yang kritikal dan
mencari kebenaran.

Prof. Mohamed Hatta Shaharom


Naib Presiden Kanan Akademik,Dekan Perubatan & Pakar Runding Psikiatri
Kolej Universiti Islam Islam Cyberjaya
Contoh Perbahasan I'jaz Ilmi Tentang Alam

Matahari dan Solar Apex

Matahari tidak hanya berputar atas paksinya, ia juga beredar mengelilingi galaksinya. Dalam
surah Yaasin ayat 38 Allah berfirman: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya
(mustaqar).Demikianlah yang ditentukan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
Ayat ini menunjukkan bahawa matahari bukan sahaja berputar atas paksinya
malah beredar mengelilingi pusat atau nukleus galaksi Bimasakti.Peredaran ini membawa
kepada mustaqar (tempat menetap atau perhentian).Di dalam Al-Asas fi Al-Tafsir, as-Syeikh
Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata: "Antara tanda kekuasaan Allah adalah
matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya."
Disamping itu,Said Hawa juga menukilkan pandangan Imam Al-Alusi yang
berkata,: Mustaqar adalah destinasi matahari.Ia merupakan tempat ataupun sempadan yang
menjadi tempat perhentian matahari pada hujung tahunnya." Tafsira-tafsiran ini jelas
menunjukkan bahawa matahari tidak pegun sebaliknya beredar ke suatu destinasi yang bakal
menjadi tempat perhentiannya.
Penemuan semasa mengesahkan matahari bergerak mengelilingi nukleus galaksi
Bimasakti dengan kelajuan 220 km/saat (140mi/s).Ini bermakna ia mengambil masa lebih
kurang 225 juta tahun bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi Bimasakti.
Kajian juga mendapati peredaran matahari mengelilingi Bimasakti
membawanya menuju ke suatu destinasi yang dinamakan sebagai Solar Apex(terletak
berhampiran dengan bintang Vega dalam gugusan bintang Hercules.) Ia menuju ke destinasi
prhentian itu dengan kelajuan 20 km/saat, iaitu kelajuan yang relative dengan kelajuan
bintang-bintang yang berhampiran.Adakah Solar Apex ini sebenarnya mustaqar yang
dinyatakan dalam Quran?Wallahua'lam.Namun paling kurang berpandukan ayat ini, umat
Islam menyedari matahari beredar dan tidak pegun peredarannya membawanya ke suatu
destinasi tertentu yang dapat dikaji.Penemuan semasa menyedarkan kita mengenai betapa
saintifiknya ayat ini.
Kejadian dan fenomena alam yang berlaku ini rata-ratanya hanya baru difahami
pada abad ke 20 sedangkan Quran telah lama menyatakannya dengan jelas.Kekaguman
terhadap penemuan –penemuan saintifik ini akhirnya melahirkan iman dan keyakinan kepada
golongan ulul albab dan para saintis yang mengkaji seperti yang berlaku kepada Profesor
Tejatat Tejasen, pakar anatomi daripada Universiti Chiang Mai.Justeru amat benarlah Allah
berfirman dalam surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud,: "Akan Kami tunjukkan kepada
mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap ufuk(penjuru) dan dalam diri mereka
sendiri,sehingga jelas kepada mereka Quran itu benar."
Pandangan Pelajar terhadap Buku

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan untuk mengetahui
kemukjizatan al-Quran melalui sudut pandang saintifik dan fakta-fakta ilmiah yang
bertepatan dengan ajaran Islam.Hal ini merupakan bukti yang menjelaskan Keagungan Allah
SWT dan kebenaran wahyu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.Al-Quran banyak
memberikan pesanan,nasihat,prinsip keilmuan serta dorongan menggunakan akal yang
sempurna kurniaan Allah untuk berfikir dan memahami serta mengkaji rahsia alam semesta
secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah berfirman yang
bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit
bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi
bagaimana ia dihamparkan.”
Seterusnya buku ini memberikan pendedahan kepada perbahasan I'jaz Ilmi khususnya pada
bahagian kedua dan ketiga tentang kejadian alam dan penciptaan manusia. Penulis juga
memberi pendedahan tentang konsep Sains dalam Islam adalah berbeza dengan barat.Buku
ini menyedarkan pembaca tentang betapa pentingnya meletakkan sains di atas landasannya
yang betul iaitu berandaskan al-Quran dan Sunnah agar setiap kajian yang dilakukan
mencapai matlamat yang hakiki iaitu mengagungkan Allah serta menambah ketaatan
kepadaNya.
Selain itu,tulisan beliau telah mengubah persepsi selama ini yang berpandangan
bahawa Sains adalah kajian yang direka-reka oleh manusia demi memperoleh kemasyuran di
dunia. Bagi golongan yang mengatakan bahawa tidak layak dikaitkan sains dengan al-Quran
yang merupakan wahyu daripada Allah,ini merupakan fahaman yang sesat.Meskipun tidak
dapat dinafikan terdapat banyak kesangsian yang timbul apatah lagi penemuan saintifik
dilakukan oleh golongan kafir.Maka buku ini memberikan jawapannya.Penulis memberi
banyak contoh penemuan-penemuan sains yang ditemui hari ini telah pun diceritakan dalam
Al-Quran.Hal ini menunjukkan bahawa kajian saintifik adalah tidak dilarang dalam islam
asalkan adab-adabnya dijaga.
Di samping penggunaan bahasa yang yang mudah difahami oleh semua
peringkat usia dan latar belakang pendidikan,setiap halaman buku juga sepenuhnya berwarna
dan mengandungi gambar yang berkaitan agar pembaca lebih mudah faham dan kekal fokus
membaca kerana tidak bosan.Susunan tajuk-tajuk juga sangat kemas dan isu yang
dibincangkan juga sangat menarik,padat dan terkini.
Akhir sekali, penulis buku merujuk kepada sumber-sumber yang disepakati
seperti al-quran,sunnah dan kitab-kitab tafsir daripada ulamak yang pakar dalam bidang ulum
al-Quran serta memasukkan juga kenyataan penemuan-penemuan terkini dan teori sains yang
berkaitan bagi menguatkan lagi penulisan beliau.

You might also like