Read more
NorbayaDahalan
Follow
Follow
Follow

Resepi Rendang Ayam Terpaling Senang & Sedap 😋

Hai semua🤗 jom kita merendang harini. Selalunya kita makan rendang waktu raya sahaja kan. Sekarang rendang dah boleh dapat bila² masa. Dalam menu nasi lemak juga selalu ada pilihan rendang sebagai side dish. Pelbagai jenis rendang ada. Resepi kali ini saya masak rendang dengan cara menumis untuk saya tumis bahan rempah dan ayam. Boleh juga kalau korang tak mahu tumis. Masukkan sahaja semua bahan termasuk santan kedalam periuk. Gaul rata dan reneh menggunakan api perlahan sehingga masak. Boleh juga gantikan ayam dengan daging, udang, paru, pegaga, cendawan dan sebagainya.

Bahan bahan diperlukan

Secawan minyak masak

*2 biji bawang besar

*4 biji bawang merah

*5 ulas bawang putih

*2 inci halia

*3 ketul kunyit

*2 inci lengkuas

*3 batang serai

*2 biji buah keras

*8 biji cili api

Secawan cili kisar

Seekor ayam

Daun limau purut

asam keping

secawan santan

3 sudu besar kerisik

garam, gula, serbuk perasa

Hirisan daun kunyit

Cara penyediaan

Panaskan minyakm kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau dan sedikit kering. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam & daun limau purut. Kacau rata. Biarkan ayam masak. Perasakan. Tambah asam keping, santan & kerisik. Kacau rata. Reneh dengan api perlahan sehingga terbit minyak. Tabur hirisan daun kunyit dan siap.

#racunlemon8 #cookwithlemon8 #breakfastidea #lunchidea #dinnerideas #easyrecipe #resepirendang #cookingideas