Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saasatul Ibaad

Rate this book
Setelah 1515, dan Tuhan Manusia tidak syak lagi Saasatul Ibaad adalah karya Faisal Tehrani yang paling bercita-cita besar, dan provokatif. Membaca Saasatul Ibaad ke halaman akhir adalah sebuah pengalaman Sejarah yang pasti tidak akan dapat dilupakan.

Saasatul Ibaad: Kisah pemain politik yang bijaksana. Kisah Sultan Mahmud Syah yang rosak akhlaknya. Kisah Raja Fatimah dalam keadaan penafian. Kisah Belanda yang diolokkan. Kisah ulama merubah dongengan khayal. Sebuah novel sejarah Johor Lama yang mengejutkan.

266 pages

First published January 1, 2008

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Faisal Tehrani

71 books558 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (29%)
4 stars
61 (41%)
3 stars
30 (20%)
2 stars
12 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
279 reviews18 followers
January 15, 2016
Revolusi 1699! Bahagian mula agak mendatar. Tapi semakin dibaca semakin menarik.

Molek dibaca oleh para pemimpin. Dan molek juga dibaca kepada yang 'benci' sultan(?).
November 6, 2012
Membaca Saasatul Ibaad adalah mudah seandainya kita pernah membaca karya-karya lain Faisal Tehrani yang bercorak 'manipulasi-sejarah' (maksud saya menggunakan watak-watak dalam sejarah dan dihidupkan, bukan mengubah sejarah ya).

Mengisahkan mengenai keperluan dan kepentingan pemimpin yang berperibadi mulia, serta keperluan rakyat kepada pemimpin yang sebegitu rupa, Saasatul Ibaad hadir dengan jalan cerita epistolari (disertakan surat-surat dari Dato Utama Mahdi) dan pengkisahan semula sejarah dari sisi penulisnya yang menarik. Singgungan terhadap kerakusan penjajah, pemimpin-pemimpin tempatan serta pendedahan laku buruk pemimpin, Faisal Tehrani sudah berpesan di awalnya supaya jangan terkejut.

Seperkara yang menarik perhatian saya adalah ungkapan salah seorang watak di awal ceritanya, yang mana menurutnya ingin menyangkal teori Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas berkenaan Hamzah Fansuri sebagai tokoh bapa persuratan Melayu yang pertama dan mengangkat Dato Utama Mahdi. Secara ringkasnya, setelah membaca surat-surat Dato Utama Mahdi(atau pesan-pesan - andai ia sememangnya seperti itu bahasanya) saya dapati terdapat penggunaan istilah-istilah Sanskrit yang tidak kena aspek metafiziknya dan lebih bersifat Hinduistik dari segi pandangan alamnya dengan kita. Sebagai perbandingan, sudah tentu pemilihan kata amat penting, sepertimana yang diterangkan dalam Mysticism of Hamzah Fansuri, Hamzah Fansuri pada penggunaan perkataan hendak pun ada ketegasannya, bahkan jelas pilihan kata-katanya. Apa pun, ia adalah sebuah karya lama penulis dan boleh dikaji sekiranya berminat.

Jika anda berjiwa revolusi, amat digalakkan membaca karya ini. Saya? Mungkin tidak begitu revolusi.
Profile Image for Dayat.
90 reviews2 followers
December 24, 2008
"Tidak ada sejarah yang dapat diungkap setepatnya. Yang ada hanya sangkaan, tafsiran, atau cerita yang dibina oleh sejarawan.
Tarikh dan tempat boleh digali dan diemui tetapi pengajaranlah yang harus kita kecapi, kita hayati dan kita terjemahkan dalam hidup hasil pengamatan sejarah itu."

Aidilfitri tahun lepas sajian novel raya 'Tuhan Manusia' yang dibawa ke Kota Singa. Raya tahun ini Saasatul Ibaad, atau The Political Players. Ungkapan di atas antara gagasan saudara Faisal Tehrani yang saya sering temui dalam karyanya tentang sejarah.

Disuguhkan lagi dengan bersandarkan hadis (halaman 82 Saasatul Ibaad)
....soal silsilah, peristiwa masa lalu, zaman jahiliyah, dan syair Arab. Nabi bersabda, "Itu adalah ilmu yang tidak merugi jika orang mengetahuinya dan tidak beroleh untung jika orang mengetahuinya."....

Pembacaan semula sejarah mahsyur 'Sultan Mahmud Mangkat dijulang' terasa lebih bermakna dan bukan hanya seputar amuknya Laksmana Bentan hulubalang Megat Seri Rama lantaran zalim sultan terhadap Dang Anum yang mengidam seulas nangka istana.

Revolusi 1699, itu sensasinya novel ini.

Pendewaan Raja, mitos leluhur sultan itu dari Iskandar Zullkarnain, syirik taat setia yang tidak berbelah bahagi pada Sultan, pada tahun 1699 orang-orang Melayu sepakat, sebuah revolusi pemikiran yang menerobos sempadan kejumudan yang sekian lama bertapak.

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
144 reviews18 followers
August 20, 2012
Ia dibaca tatkala jiwa rusuh berkonflik dengan satu pihak,ditambah haru-biru pasca tsunami siasah 2008 yang masih belum reda. Menjadi pemimpin perlu bijaksana bermain helah, bukan untuk tembolok sendiri tetapi untuk kemaslahatan ummah.

Walaupun Bendahara Tun Habib semakin berusia,itu bukan kelemahan baginya untuk menguruskan negeri berajakan kanak-kanak, bahkan merendah diri memohon nasihat dan bantuan Dato Utama Mahdi Hasan. Tun Abdul Jalil dipersiapkan dengan ilmu sebagai saasatul ibaad mengganti dirinya.

Sultan Mahmud Shah II selamat ditabalkan, menyedari kuasa baginda sebagai raja.Sewenang-wenangnya baginda bertakhta di mata bersutan di hati mengubah dan merosakkan aturan yang sedia ada. Ditambah pula skandal baginda yang umpama bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi.

Maka 1699, Melayu 'Demang Lebar Daun' lebih dahulu berevolusi daripada revolusi mat saleh Perancis yang masyhur itu. Dipilihnya raja yang 'alim,lagi berakhlak. Kepada peminat siasah,hadamilah novel ini sebagaimana anda bisa menonton Anonymous!
August 29, 2012
Lengkaplah sudah pembacaan 4 buah novel FT yang paling provokatif dan bercita-cita besar.

Tak ada komen kerana ramai orang dah komen sebelum saya. Apa pun ada pesanan yang harus dibaca dan direnungi banyak kali. Antaranya:

Anakanda, adapun Amirul Mukminin Saidina Ali ada mengingatkan perihal raja atau penguasa yang mabuk kekayaan sampai jadi leler. Oleh zamannya itu ramai manusia sudah kesesatan lantaran keuntungan perdagangan. Nyaris-nyarislah zaman baginda itu menyamai zaman kita ini. Maka baginda berasa bimbang sampai baginda menasihati begini:

Apakah kalian hanya akan melihat orang yang rakus mengumpulkan kekayaan untuk dirinya sendiri seraya mengabaikan perintah-perintah Allah yang dibebankan kepadanya, atau kalian akan menjumpai para pemberontak yang hatinya liar sehingga mereka tuli dari nasihat akhlak.
Profile Image for Maz Intan.
5 reviews3 followers
May 7, 2015
Sebuah novel sastera yang cukup sarat dan berat. Novel ini agak membosankan pada awalnya tetapi semakin menarik di penghujung cerita.

Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang bukanlah sesuatu yang baru tetapi penceritaan FT secara detail tentang keburukan baginda amat mengejutkan. Begitu juga penceritaan FT tentang cara mayat Sultan Mahmud diperlakukan yang pada saya, agak keterlaluan.

Saya juga tertanya-tanya tentang kisah Megat Seri Rama (MSR)... bukankah seperti yang ramai ketahui, beliau sempat dibunuh oleh Sultan Mahmud? Saya lebih berminat pada fakta sejarah dan sekiranya penulisan FT benar, apakah yang terjadi pada MSR selepas diarah oleh Bendahara Tun Abdul Jalil supaya ditangkap untuk diadili? Mungkinkah ada pembaca2 di sini yang mengetahuinya dan boleh berkongsi cerita ..?
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews28 followers
September 22, 2008
Dalam kalut-kalut politik negara saya kira novel sejarah FT kali ini amat relevan. Menyingkapi sejarah lama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, FT mendedikasikan karyanya kepada ' semua yang berani menegakkan kebenaran, dan keadilan, melakukan pemberontakan dan revolusi sebagai proses menghidupkan agama'.

Namun, membaca Saasatul Ibaad bukanlah mudah. Dan karya ini semestinya tidak akan menjadi popular seperti karya-karya FT yang lain. Mungkin dari segi bentuk, karya ini kurang berjaya, namun dari segi makna dan isinya, saya kira karya ini cemerlang.

Untuk niat murni dan cita-cita yang luhur, saya bagi 5 bintang. Namun bentuknya bagi saya 2 atau 3. Jadi, 4 lah, ya.
Profile Image for Juliana Es.
250 reviews27 followers
November 25, 2010
Initially, I did't know how many stars I should give this book. I finally settled for 4 stars, but not because it is less perfect.

Saasatul Ibaad is a very thought-provoking work of Faisal Tehrani, and very daring if I might add. It is certainly not for the weak at heart. If you can stand his 1515 and Tuhan Manusia, then go ahead, read this one. Otherwise, you may want to think twice before buying this book.
Profile Image for Nissa'.
Author 3 books43 followers
Read
September 18, 2008
Tidak dapat dinafikan, buku ini merupakan salah sebuah buku yang 'menggoncang', seperti Tawassul. Kerana agak terburu-buru dan lebih membaca sejarahnya, kebanyakan tulisan pada asal Nasihat untuk Raja-Raja hanya saya baca sepintas lalu dan selalu melompatnya saja :)
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
April 24, 2009
Too Propagandist by the Author as to know him through his blog, but still refer to sources made by the outsiders in preparing this.
Now only I knew that Sultan Mahmud (Johore Sultanate) is a "late comer"
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews18 followers
June 20, 2012
Saasatul Ibaad,yakni pemain politik. Menjadikan tahun 1699 (tahun matinya Sultan Mahmud Shah dilembing Megat Sri Rama) sebagai landasan revolusi mental Melayu menentang kezaliman Raja Melayu yang selama sebelum itu berlindungkan konsep daulat dan derhaka, diguling dan syiar Islam ditegakkan.
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
Read
October 22, 2016
Permulaan temubual yang menarik, namun fasa seterusnya agak lambat.
Tapi, sebab FT dah bagi amaran awal-awal yang pengakhiran cerita ada babak yang mengejutkan, maka kita teruskan juga pembacaan. Ya, memang betul, pengakhiran cerita agak mengejutkan!

Profile Image for Cikgu Wana.
36 reviews4 followers
December 14, 2010
Agak berat tetapi sarat ilmu. Sebagai anak johor, saya perlu mengetahui sejarah yang tersirat. Kisah Sultan Mahmud Syah yang tidak diketahui khalayak dengan sebenar-benarnya.
54 reviews6 followers
February 18, 2011
cerita lama sultan mahmud mangkat dijulang dalam perspektif sejarah yang berbeza . dan agak berat serta berhutbah ,sarat dengan makna ...
Profile Image for Fatihah.
166 reviews12 followers
April 30, 2013
Apa yang saya patut rasa buat masa ini? Masih tak tahu apa erti undian saya!
Profile Image for Mu'az.
22 reviews7 followers
May 18, 2011
menyentuh isu pemerintahan. pemerintah yang korup nyata memberi kesan pada penghidupan rakyat. pasti ada yang bangkit menyokong kepada kebaikan. tapi perlu pada perancangan .
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.