Siakap Keli
Gambar: @Siti Noor Hidayah Samah via MAHN

Resipi ‘Roti Gulung Sardin’ Raih 4.2k Perkongsian, Ini ‘Rahsia’ Gorengan Sempurna Tapi Tak Serap Minyak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini, pasti membosankan bila tidak dapat keluar berjalan-jalan dan mengurangkan tekanan setelah Bekerja Dari Rumah (BDR) mahupun belajar secara dalam talian. Jadi, dapurlah yang selalu menjadi tempat tumpuan kita di rumah untuk menghabiskan stok makanan ataupun mencuba resepi masakan baru.

Memandangkan pelbagai resepi yang boleh dipelajari dengan mudah secara ‘online‘, apa kata kita cuba resepi baru yang mungkin masih belum menjadi hidangan makan petang kita sebelum ini.

Kepada penggemar sardin, pasti akan suka resepi ini kerana bahan utamanya berasaskan sardin. Dengan penyediaan cara yang mudah, resepi yang dikongsikan oleh Siti Noor Hidayah Samah melalui halaman Facebook MAHN ini menjadi tumpuan. Perkongsian ini telah meraih 3.1 ribu tanda suka dan 4.2 ribu perkongsian oleh para netizen.

Apa yang menarik perhatian menerusi perkongsian ini adalah tips untuk elak minyak serap ke dalam roti ketika ianya digoreng. Sekiranya minyak berlebihan pada makanan itu sudah pasti akan membuatkan rasanya kurang enak.

Jangan tunggu lagi, jom tengok resepinya di bawah.

ROTI GULUNG SARDIN
INTI SARDIN
-1 tin sardin (Sy ambik isi ikan je x ambik sos die pastu hancur2kan ikan)
-1 biji bawang besar (Cincang halus)
-3 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar mayonis
-Garam
-Gula
1) Tumis bawang hingga wangi.
2) Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sekejap.
3) Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
4) Perasakan dengan garam & gula.
5) Masak hingga sedikit kering.
6) Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
7) Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas2. Ketepikan.
BANCUHAN TEPUNG
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung
-2 sudu besar tepung beras
-1/4 cwn tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yg spicy)
-2 sudu besar marjerin
-2¼ cawan air
*Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
*Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.
*Tips x nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali mase goreng. Cukup sekali balik je.
Selamat mencuba.
“Inti sardin”
May be an image of food and indoor
“Gulung macam ni”
May be an image of food
“Siap digoreng”
May be an image of food, indoor and text that says 'R Shot by SitiNoorHidayah AI QUAD CAMERA'
May be an image of food and text that says 'R ALQUAD CAMERA Sh.'
“Dalam die”
May be an image of food

Nurul Nabila