Akaun sakeenaedustore.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Kelas Raudhatul Huffaz



SELAMAT DATANG KE KELAS RAUDHATUL HUFFAZ


(CAWANGAN KEMAMAN)




Raudhatul Huffaz (RH) adalah sebuah pusat ‘One Stop Center’ yang menawarkan kelas pengajian dan hafazan Al-Quran bagi golongan remaja dan kanak-kanak.



Latar Belakang


 

 Kelab Raudhatul Huffaz merupakan sebuah kelab NGO (non- profit organization) yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1996. Ianya diasaskan oleh beberapa individu yang bersemangat ingin membentuk generasi penghafaz Al-Quran.

 

Kelab Raudhatul Huffaz ditubuhkan secara rasminya pada 7 Feb 2014 dengan tema Menyubur dan Menyemarakkan Budaya Menghafaz Al-Quran telah ditubuhkan atas dasar ingin menghasilkan seramai mungkin generasi muda yang menghafaz Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur antara 4 hingga 15 tahun.




Kelebihan 



  • Kelab ini menggunakan konsep ‘one to one learning concept’ di mana seorang guru akan memberikan sepenuh perhatian dan fokus kepada pelajar ketika sesi pembelajaran.


  • Pelajar bukan sahaja mendapat manfaat ilmu Al-Quran tetapi juga ilmu fiqah, ibadah, aqidah, sirah dan juga akhlak secara teori dan praktikal.  Lantaran beberapa aduan daripada ibu bapa terhadap hasil pembelajaran agama anak-anak di sekolah yang kurang memuaskan dari segi teori dan terutamanya praktikal menjadi faktor lain tertubuhnya Kelab Raudhatul Huffaz.



Bayaran



Yuran Pendaftaran (One-off payment)


Setiap pelajar akan diberikan :

✔ Buku Talaqqi

✔ Buku DIY Hafaz Quran Di Rumah

✔Buku Tulis Al Quran

PERCUMA Woven Bag Raudhatul Huffaz + Buku Tulis


RM 100
Yuran Bulanan (untuk bulan pertama kelas)RM 90
Jumlah keseluruhanRM 190




Pelaksanaan Kelas & Modul


Kelas akan berlangsung selama 3 jam setiap minggu


Setiap kali kelas berlangsung, pelajar akan melalui DUA sesi pembelajaran iaitu

Modul 1 dan Modul 2.


Modul 1 


Menghafaz Al-Quran

Menulis Al-Quran

Tilawah Al-Quran

Tajwid

Menghafal Hadis


Modul 2 


Fiqh

Aqidah 

Sirah

Akhlak

Quran Saintifik

Peradaban Islam

Atlas

Ibadah

Tokoh

Adab



Kami akan memastikan pelajar-pelajar RH akan



✔ menghafal Juz 30 dengan baik

✔ menghafal sekurang-kurangnya 15 hadis

✔ menguasai tajwid asas

✔mempunyai pengetahuan tentang fiqh, aqidah, sirah, ibadah, tokoh, adab dan akhlak



Di manakah kami beroperasi?



Alamat Lokasi : PT4505A, Depan Sek Ren Binjai, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu.



Sila daftarkan nama anda di bawah untuk kami hubungi