x

QURAN SAINTIFIK :

MENYINGKAP RAHSIA PENCIPTAAN MANUSIA DAN HAIWAN

 

 

MOHD HILMI BIN HAMZAH                                       02DEP15S1010

MUDZAMLIE BIN MT ALI @ ABDUL HALIM         02DEP15S1008

MOHD NAZRI BIN MAMAT                                         02DEP15S1006

 

 

ISI KANDUNGAN:

 

PENDAHULUAN        

KONSEP MANUSIA

KONSEP HAIWAN

 

PENCIPTAAN HAIWAN BERDASARKAN AL-QURAN        

PROSES PECIPTAAN HAIWAN

MANFAAT HAIWAN ATAU BINATANG

 

PROSES KEJAIDAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN  

TANAH BAGAIMANA MANUSIA DIJADIKAN

PROSES KEJADIAN MANUSIA

 

KESIMPULAN                                                                                   

LAMPIRAN                                                                                              

RUJUKAN                                                                                             

 

 

1.0              PENDAHULUAN

Sebelum Islam lahir, dunia ilmu pengetahuan masih gelap, dipenuhi dengan dugaan dan khayalan yang tidak masuk akal sehingga hasilnya bukan ilmu pengetahuan yang ilmiah, akan tetapi khayalan yang penuh mitos serta kepercayaan yang salah dari kenyataan yang sebenar dalam segala cabang ilmu.

1.1       KONSEP MANUSIA

Manusia merupakan individu yang boleh befikir yakni mempunyai otak dan akal. Mereka dikategorikan dalam pelbagai peringkat umur. Manusia wujud sejak zaman batu berdasarkan kajian arkeologi. Manusia boleh berfikir untuk memperbaiki diri dan mencipta perhubungan sesama manusia. Secara umumnya, manusia merupakan sejenis mamalia yang boleh berfikir dan berkemampuan mencipta kemajuan dan pembangunan dengan daya fikiran mereka.

Menurut konsep Barat iaitu Teori Evolusi Charles Darwin, manusia berasal daripada monyet teori ini amat berpengaruh bukan sahaja di negara-negara Eropah tetapi di negara-negara Islam pada abad ke-19 dan ke-20. Menurut al- Quran pula, manusia adalah istilah bahasa Melayu yang menyamai istilah dalam al-Quran iaitu al-Ins, Al-Insan, al-Nas , dan al- Basyar.

Manusia dijadikan sebagai insan iaitu makhluk terbaik yang diberi dua peranan iaitu sebagai khalifah Allah S.W.T di buka bumi dan sebagai hamba yang diperintahkan supaya beribadat kepada-Nya. Sebelum Allah S.W.T menjadikan manusa (Adam), terlebih dahulu Allah S.W.T telah menciptakan alam dan seluruh cakerawala, bulan, bintang, matahari, dan bumi dengan segala isinya iaitu tumbuh-tumbuhan, ikan yang hidup di laut, haiwan  yang terbang, haiwan yang hidup di darat dan sebagainya.

Setelah kedian makhluk-makhluk tersebut, barulah manusia pula dijadikan iaitu dengan permulaan keturunan Nabi Adam (as) dan isterinya Hawa. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’  ayat 1-

 

“Hai sekian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah mencitkan isterinya (Hawa) daripada kedua2nya Allah membiak lelaki dan perempuan yang banyak.”

 

Allah S.W.T telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kelebihan diri kita dari segi unsur-unsur dengan dikurniakan oleh Allah S.W.T ialah akal untuk berfikir dan hati sebagai khazanah untuk menyimpan segala rahsia dan ingatan.

Di dalam al-Quran, Allah berfirman pada sejumlah ayat bahawa Dialah yang menciptakan alam semesta dan semua makhluk di dalamnya dari ketiadaan dan menata semuanya tanpa cela. Pada ayat berikut, dinyatakan bahawa alam semesta dan apa-apa didalamnya diciptakan.
“Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang, (masing-masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah, Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.”

(QS. Al A’râf, 7: 54)

Manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk berfikit. Dengan akal, manusia mampu membezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah). Dengan akal pula, ,amusia ,a,pu merenung dan mengamalkan sesuatu yang betul. Dengan kurniaan akal, manusia diharapkan dapat memilih nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan.

Menurut buku Dimensi Sains Al Quran,muka surat 10,  Allah berfirman,

“Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan itu lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi. Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

( QS Ar- Rum : 27)

Ayat ini menegaskan bahawa hanya Allah lah Pencipta alam maya ini dengan kehendak-Nya yang mutlak.

Jika meneliti tubuh manusia, kita akan menemukan banyak kesesuaian yang menakjubkan bahawa manusia tidak tercipta secara kebetulan atau tercipta secara evolusi dari benda mati dan haiwan melalui proses alam, tetapi merupakan ciptaan sebuah kekuatan Maha Besar yang memiliki kekuatan mutlak untuk mengatur dan merencanakannya. Kekuatan itu dalah kekutana kehendak Tuhan yang menekankan pentingnya tujuan dibalik penciptaan semua makhluk.

 

1.2       KONSEP HAIWAN

Al- Quran meletakkan haiwan lebih rendah daripada manusia. Walau bagaimanapun, al-Quran kepada setiap Muslim untuk memperlakukan haiwan dengan rasa belas kasihan dan tidak menganiaya mereka. Haiwan berserta makhluk lain dipercayai sentiasa memuji Allah walaupun oerkara ini tidak dinyatakan sebagaimana yang dilakukan oleh manusia.

 

2.0              PENCIPTAAN HAIWAN BERDASARKAN AL-QURAN

Menurut Al-Quran, haiwan diciptakan melalui pelbagai proses.

 

2.1              PROSES PENCIPTAAN HAIWAN

Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, Maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki,sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

.“Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.”

(Qs.An Nur :45-46)

Haiwan atau binatang adalah kelompok organisme yang diklasifikasikan dalam kerajaan Animalia atau Metazoa, adalah salah satu daripada berbagai-bagai makhluk hidup yang terdapat di alam semesta. Haiwan dapat terdiri daripada satu sel atau banyak sel. Para ilmuan mengklasifikasikan haiwan kepada dua kelompok besar, iaitu haiwan bertulang belakang dan haiwan tanpa tulang belakang. Haiwan yang bertulang belakang disebut Vebrata, manakala haiwan tanpa tulang nelakang disebut Invertebrata atau Avertebrata.

Haiwan dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada makanan yang dimakan oleh mereka.

1.    Haiwan karivor      –           Haiwan karnivor merupakan haiwan yang memakan daging. Contohnya, harimau, singa

2.    Haiwan herbivor –            Haiwan herbivor merupakan haiwan yang memakan tumbuhan. Contohnya, kambing, gajah, dan kuda.

3.    Haiwan omnivore –           Haiwan omnivore pula merupakan haiwan yang memakan daging dan tumbuhan.

4.    Haiwan insektivora –         Haiwan insektivora pula merupakan haiwan yang memakan serangga.

5.    Sama seperti Allah menciptakan segala sesuatu yang ada, Dia juga menciptakan bumi yang kita huni saat ini, dan membuatnya mampu mendukung kehidupan. Fakta ini diungkapkan di dalam ayat-ayat tertentu:

 

“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung, dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Kami telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan (Kami menciptakan pula) makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rizki kepadanya.”

(QS. Al Hijr, 15: 19-20)

“Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh, dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata.”

(QS. Qâf, 50: 7)

Ayat-ayat di atas menyampaikan bahwa semua tumbuhan diciptakan oleh Allah. Semua tumbuhan, baik yang diketahui maupun yang tidak, semua pohon, rumput, buah, bunga, rumput laut, dan sayuran diciptakan oleh Allah dan hal yang sama pun berlaku untuk hewan. Semua jutaan spesies hewan yang hidup, atau pernah hidup, di bumi, diciptakan oleh Allah. Ikan, reptil, burung, mamalia, kuda, jerapah, bajing, rusa, burung gereja, elang, dinosor, paus, dan merak dsb, semuanya diciptakan dari ketiadaan oleh Allah, Tuhan yang memiliki kecerdasan dan pengetahuan tak terhingga. Penciptaan aneka ragam spesies makhluk hidup oleh Allah disebutkan dalam sejumlah ayat:

“Dan Allah telah menciptakan semua jenis hewan dari air, maka sebagian dari hewan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”                        (QS. An Nûr, 24: 45)

“Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untukmu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat, dan sebagiannya engkau makan.”                        (QS. An Nahl, 16: 5)

Dan “Kami telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan (kami menciptakan pula) makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezki kepadanya.” (Qs.Al Hijr:20)

 

2.2              MANFAAT HAIWAN ATAU BINATANG

1.      Sebagai makanan

2.      Pakaian

3.      Kendaraan

4.      Perhiasan

Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfa`at, dan sebahagiannya kamu makan.Dan kamu memperoleh pandangan yang indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya ke tempat penggembalaan.Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal, dan keledai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya.(Qs.Annahl :5-8)

  Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (Qs. An Nahl : 66)

“Dan Allah menjadikan bagimu rumahmu sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (kemah) dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan membawanya di waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikan-Nya pula) dari bulu domba, bulu unta, dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu).”

(Qs.An-Nahl: 80)
Dan di antara binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu,

 (Qs. Al An’am : 142)

 

     Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian darinya kamu makan,dan di atas punggung binatang-binatang ternak itu dan (juga) di atas perahu-perahu kamu diangkut.           (Qs.Al Mu’minun :21-22 )

          Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka yaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri, lalu mereka menguasainya?Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan.Dan mereka memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?(Qs.Yaasin :71-73)

         Allah-lah yang menjadikan binatang ternak untuk kamu, sebagiannya untuk kamu kendarai dan sebagiannya untuk kamu makan.Dan (ada lagi) manfaat-manfaat yang lain pada binatang ternak itu untuk kamu dan supaya kamu mencapai suatu keperluan yang tersimpan dalam hati dengan mengendarainya. Dan kamu dapat diangkut dengan mengendarai binatang-binatang itu dan dengan mengendarai bahtera.(Qs.Al Mu’min :79-80)

“(dia) pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan dia, dan dia-lah yang maha mendengar lagi maha melihat.”(Qs.As Syuro:11)

Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasang dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.Supaya kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat ni`mat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan, “Maha Suci Tuhan Yang Telah Menundukkan Semua Ini Bagi Kami Padahal Kami Sebelumnya Tidak Mampu Menguasainya,Dan Sesungguhnya Kami Akan Kembali Kepada Tuhan Kami.”(Qs.Az Zukhruf :12-14)

 

3.0       PROSES KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN

Dalam Surah Al-Qiyamah (75 : 37-39), penciptaan manusia terbahagi kepada empat (4) tahap. Allah telah menyatakan bahawa manusia terjadi daripada percampuan Nutfah. Nutfah ialah air mani. Air mani ini terdiri daripada air mani lelaki dan perempuan. Allah telah berfirman dalam Al-Quran melalui (surah Al-Insan:2) . Mafhumnya:Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitits air mani yang bercampur yang kami (hendak menguji dengan perintah dan larangan) . Kami jadikan dia melihat dan mendengar. Selepas itu, daripada Nutfah telah berubah menjadi Alaqah, Mudghah dan Izam dan Lahm. Allah telah berfirman dalam (surah Al-Mukminun :14) yang bermaksud kemudian kami mengubah nutfah menjadi alaqah (seketul darah), lalu kami menciptakan seketul darah beku itu menjadi seketul daging (menjadi anggota badan) dan seketul daging itu kami jadikan tulang-tulang itu dan kami bungkus dengan daging (terbentuk segala system saraf) . Tafsir Al-Quran.

Allah telah memberikan beberapa keistimewaan kepada manusia yang menjadi khalifah. Keistimewaan tersebut telah m, engagkat darjat manusia di sisi Allah. Keistimewaan yang telah diberikan Allah kepada manusia sebagai khalifah telah dinyatakan dalam surah Al-Baqarah:30, Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat bahawa aku menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?Tuhan berfirman sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Bucailie Maurine Dr., (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia:Penerbitan Mizan.

 

3.1   TANAH YANG BAGAIMANA MANUSIA DIJADIKAN

1.    Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2.    Tanah Bukit Tursina

3.    Tanah Iraq

4.    Tanah Aden

5.    Tanah Al-Kautsar

6.    Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7.    Tanah Paris

8.    Tanah Khurasan

9.    Tanah Babylon

10.  Tanah India

11.  Tanah syurga

12.  Tanah Tha’if

 

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan         manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

 

3.2    PROSES KEJADIAN MANUSIA

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badanletaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

 

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

 

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika  itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat  mengucapkan “Yarkhamukallah”.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

 

3.2.1        PERINGKAT PERTAMA- NUTFAH

Nutfah merupakan proses yang pertama iaitu bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

       ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

spema

Rajah 3.1 : kejadian sperma menembusi ovum

3.2.2        PERINGKAT KEDUA- ALAQAH

Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”

al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat
pacat atau lintah
suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.

 

2.2.3    PERINGKAT KETIGA – MUDGHAH

Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”

al-Mukminun

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 

2.2.4    PERINGKAT KEEMPAT- IZAM DAN LAHM

Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

JANIN.jpg

Rajah : kejadian janin pada usia 7 bulan

 

3.2.5        PERINGKAT KELIMA- NASY’AH KHALQAN AKHAR 

Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

janin-makanan

Rajah : Janin mendapat makanan melalui uri

 

3.2.6        PERINGKAT KEENAM NAFKHUR-RUH

Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

 

4.0     KESIMPULAN

Kesimpulannya proses kejadian manusia terbahagi kepada 2 teori iaitu barat dan islam. melalui teori barat pada mulanya dipercayai tetapi akhirnya diragui oleh golongan intelektual dan di anggap tidak relevan. hanya teori islam masih relevan dan terbukti hingga kini. Oleh itu manusia dianggap mulia dan sebaik-baik kejadian di muka bumi. manusia juga telah menjadi khalifah di muka bumi ini dengan menjalankan tanggungjawab dan tugasan mereka. Tanggungjawab itu merupakan amanah Allah Subhanahu wa ta’ala. Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina oleh masyarakat. Bagi memikul tanggungjawab ini, pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) kepada kita. Kita seharusnya menghargai darjat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan kerana kita adala semulia-mulia kejadian yang telah diciptakan oleh Allah.

 

5.0     LAMPIRAN

v

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

 

 

6.0  RUJUKAN

1) hhtp//books.google.com.my,Dimensi Sains AL-Quran , 10: menggali Ilmu Pengetahuan dari Al-Quran , Prof. Dr. Ahad Fuad Pasya: TIGA SERANGKAI SOLO: 2004

2) Klasifikasi Kandungan Al-Quran Jilid 1, Choiruddi Hadhiri Sp, 2005gema Insani: 2005

3) Sains Teknologi Islam

 

Leave a comment